ππππππππππππ πππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππ πππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππππ, ππππππππ
23 Oktober 2025 | 1 Jamadilawal 1447 H : Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam hari ini telah menerima kehadiran dua orang pensyarah daripada Universiti Walailak iaitu Asst.Prof. Dichitchai Mettarikanon dan Mathat Inthongpan bagi pembentangan laporan dua orang pelajar latihan industri yang berada di PTAR Kampus Puncak Alam mereka adalah Taratip Yongstar dan Tasneem Hayeekade.
Kedua-dua orang pelajar ini telah menjalani latihan industri bermula 27 Mei 2025 hingga 7 November 2025 akan datang. Sepanjang tempoh tersebut, mereka berdua telah menunjukkan potensi yang sangat baik dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Sepanjang tempoh tersebut beberapa pembaharuan telah mereka kongsikan terutama dalam penghasilan video pendek buku-buku terbaru dan mereka bentuk poster kearah futuristik dan berkonsepkan Ai.
Sekian.



