Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Pelaksanaan Audit Pra Pengawasan Bil. 2/2025: Memantapkan Kepimpinan dan Prosedur Kerja PTDI

SEGAMAT, 23 Oktober 2025 – Pelaksanaan Audit Pra Pengawasan Bil. 2/2025 telah dijalankan di UiTM Cawangan Johor pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan prosedur kerja serta memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) selaras dengan tema tahun ini, “Kepimpinan Teras Kompetensi PTJ.”

Bagi Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), dua unit yang terlibat dalam sesi audit kali ini ialah Unit Pengurusan Perpustakaan dan Unit Sumber Rujukan Universiti. Audit telah dikendalikan oleh wakil pasukan juruaudit dalaman UiTM Cawangan Johor yang meneliti dokumen, prosedur kerja serta pelaksanaan operasi harian berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan.

Sepanjang sesi berlangsung, semua staf PTDI memberikan kerjasama penuh dalam memastikan proses audit berjalan dengan lancar dan teratur. Beberapa penemuan serta cadangan penambahbaikan turut dikemukakan bagi tujuan peningkatan berterusan (continuous improvement) terhadap keberkesanan pengurusan kualiti di PTDI.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Audit Pra Pengawasan Bil. 2/2025 ini berjalan dengan baik serta mencapai objektif yang ditetapkan. Inisiatif ini juga memberi peluang kepada PTDI untuk memperkukuh amalan kepimpinan dan pematuhan prosedur ke arah peningkatan kecekapan pengurusan organisasi secara menyeluruh.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,