Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Mesyuarat Bahagian Perpustakaan Bersama Ketua Pustakawan Cawangan Di UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang

Pasir Gudang, 10 November 2025 - Mesyuarat Bahagian Perpustakaan bersama Ketua Perpustakaan Cawangan telah diadakan di Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang pada pagi Isnin.

Mesyuarat yang berlangsung pada jam 9.30 pagi itu turut dihadiri oleh Puan Mawar Noor Abdullah, Ketua Perpustakaan Cawangan, UiTM Cawangan Johor. Kehadiran beliau bukan sahaja bagi mempengerusikan mesyuarat bahagian, malah turut sama menghadiri Sesi Perjumpaan Pengurusan (JKEN) Bersama Staf UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang pada hari yang sama.
 
Tujuan utama mesyuarat ini adalah bagi membincangkan pelaksanaan tugas bahagian, menilai pencapaian semasa serta memperkukuh hala tuju strategik perpustakaan bagi tahun 2025.
 
Antara perkara yang dibincangkan termasuk laporan prestasi perkhidmatan, inisiatif peningkatan mutu kerja, serta cadangan penambahbaikan dalam pengurusan sumber maklumat. Sesi perbincangan turut berjalan dalam suasana mesra dan produktif, dengan perkongsian idea serta pandangan yang membina daripada semua wakil bahagian.
 
 
Tags: ,