Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Sekitar Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-68 Tahun 2025 Peringkat UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang

Pasir Gudang, 22 Ogos 2025Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-68 Tahun 2025 peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah berlangsung dengan penuh semangat patriotik di Ruang Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang.

Majlis ini menjadi simbolik kepada permulaan pelbagai program dan aktiviti bersempena Bulan Kebangsaan, yang bertujuan menyemarakkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan warga kampus.
 
Pelancaran sambutan turut diserikan dengan nyanyian lagu patriotik serta pengibaran Jalur Gemilang yang melambangkan kesatuan dan kebanggaan terhadap negara. Selain itu, PTDI turut memainkan peranan penting sebagai lokasi penganjuran dengan menyediakan ruang kondusif serta sokongan bagi memastikan kelancaran program.
 
Tags: ,