Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Warning

Joomla\CMS\Filesystem\Folder::files: Path is not a folder. Path: [ROOT]\images\2025\Perlis\ForumAdiwangsa

Notice

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder:

Forum Adiwangsa: Kefahaman Institusi Beraja & Penyatuan Ummah Sebagai Tonggak Kejayaan Warga

30 September 2025 (Selasa) – Adiwangsa UiTM Cawangan Perlis bersama Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) dengan kerjasama Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Forum Adiwangsa: Kepentingan Kefahaman Institusi Beraja & Penyatuan Ummah Sebagai Tonggak Kejayaan Warga. Program ini berlangsung secara fizikal dan siaran langsung bermula jam 10.45 pagi hingga 12.30 tengah hari, dengan kehadiran seramai 276 peserta secara dalam talian dan fizikal.

Forum ini menampilkan dua panelis terkemuka iaitu YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr Awang Sariyan, Penyandang KIRRM, dan YBhg Dato’ Dr Fathul Bari Mat Jahya, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Holdings Sdn. Bhd., manakala sesi dimoderatorkan oleh YBrs Tn. Haji Mohd Nazim Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.

Perbincangan menyentuh peranan institusi raja dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam memelihara agama Islam, bahasa Melayu serta hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di bawah Perkara 152 dan 153. Panelis turut menegaskan bahawa bahasa Melayu bukan sekadar medium komunikasi, tetapi lambang identiti bangsa dan wahana penyatuan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu. Sejarah panjang pemerintahan beraja di Alam Melayu menjadi bukti kesinambungan tamadun yang wajar difahami dan dihargai oleh generasi muda.

Selain itu, forum menekankan bahawa perpaduan ummah dan keharmonian masyarakat majmuk perlu diperkukuh melalui kefahaman sejarah, penghayatan budaya serta rasa bangga terhadap agama, bangsa dan bahasa. Walaupun hak orang Melayu dan Bumiputera dijamin melalui dasar afirmatif, hak-hak sah kaum lain turut dipelihara dalam Perlembagaan, sekaligus menjamin keseimbangan serta keharmonian rakyat Malaysia.

Forum ini telah disiarkan secara langsung melalui Facebook UiTM Cawangan Perlis dan YouTube Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, memberi peluang lebih luas kepada warga kampus dan masyarakat umum untuk mengikuti wacana penting ini. Program berimpak tinggi ini diharap dapat menyemai kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk terus mempertahankan jati diri, memelihara perpaduan serta menghargai institusi raja sebagai tonggak kestabilan dan kejayaan negara.

{gallery}2025/Perlis/ForumAdiwangsa{/gallery}

Tags: