4 November 2025 | 13 Jamadilawal 1447H
Sebagai usaha berterusan memperkukuh tadbir urus serta penyelarasan pengurusan rekod di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR HASA) sekali lagi telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib HASA bagi jabatan pentadbiran hospital.
Sesi ini telah berlangsung pada 04 November 2025 (Selasa) dari jam 2.30 petang hingga 4.45 petang, bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR HASA). Penerangan telah disampaikan oleh Puan Noor Azlin binti Abdullah, Ketua Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA serta dibantu oleh Puan Nur Ira Wahidah Nasir, Pembantu Tadbir (Perpustakaan).
Pengisian sesi ini meliputi penerangan mengenai pengenalan rekod dan arkib serta pendedahan berkaitan pelaksanaan dan tanggungjawab Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan. Langkah ini juga dilaksanakan bagi memastikan pengurusan rekod di hospital sentiasa sistematik, berintegriti dan mematuhi dasar serta piawaian universiti.
Sesi ini telah melibatkan penyertaan daripada jabatan berikut:
1. Pejabat Pengarah
2. Jabatan Kewangan
3. Jabatan Infostruktur
4. Jabatan Komunikasi Korporat
5. Pejabat Polis Bantuan
Penglibatan pelbagai jabatan ini mencerminkan komitmen menyeluruh Hospital Al-Sultan Abdullah terhadap tadbir urus rekod yang cekap, teratur dan selaras dengan amalan terbaik pengurusan rekod universiti.
Diharapkan pelaksanaan sesi libat urus ini dapat terus menyokong pembudayaan pengurusan rekod yang profesional dan mampan bagi meningkatkan kecekapan operasi serta mutu penyampaian perkhidmatan hospital.
