Library News

Let’s Be Known to The World: Bengkel Perkasa Profil Penyelidik UiTM

30 Oktober 2025 | 08 Jamadilawal 1447H

Sebagai usaha memperkukuh kedudukan penyelidikan UiTM di peringkat global, Jabatan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Inovasi dengan kerjasama Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) serta Pejabat Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Perubatan UiTM telah menganjurkan bengkel bertajuk “Research Impact and Visibility: Let’s Be Known to the World!” pada 30 Oktober 2025.

Program ini bertujuan membantu para penyelidik UiTM meningkatkan keterlihatan (visibility) dan impak (impact) penyelidikan melalui dua sesi bengkel utama yang padat dengan perkongsian ilmu dan amali:

Workshop 1: Let’s Update Your Researcher Profiles
Menumpukan kepada panduan kemas kini profil penyelidik seperti ORCID, Web of Science (WoS), dan Scopus, serta penerangan tentang H-index dan kaedah semakannya.

Workshop 2: Let’s PRIMe it and Make it Count
Menampilkan sesi hands-on PRIMe penerbitan dan kemas kini profil Google Scholar, di samping perkongsian tentang peranan UiTM Expert dalam mengukuhkan keterlihatan akademik penyelidik.

Bengkel ini turut menampilkan barisan penceramah berpengalaman:

⦁ Profesor Madya Dr. Noorhida Baharudin, Koordinator CenTRE, PPUiTM Sungai Buloh
⦁ Profesor Dr. Anis Safura Ramli, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh
⦁ Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah

Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan UiTM dalam memperkasa ekosistem penyelidikan yang berdaya saing, selaras dengan aspirasi universiti untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tags: ,