Library News

Lawatan Delegasi daripada Tashkent State University of Economics, Uzbekistan

Lawatan Delegasi daripada Tashkent State University of Economics, Uzbekistan

Puncak Alam, 24 Oktober 2025 | 2 Jamadil Awal 1447H – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Tashkent State University of Economics (TSUE), Uzbekistan yang terdiri daripada tiga orang pensyarah kanan universiti tersebut.

Delegasi berkenaan terdiri daripada:

  1. Dr. Ismailova Nilufar – Head of Department, TSUE

  2. Dr. Isayev Qobiljon – Senior Lecturer, TSUE

  3. Madam Akbarova Malika Ilxomovna – Senior Lecturer, TSUE

Rombongan ini turut diiringi oleh YBrs. Prof. Dr. Rohana Ngah daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM, bagi tujuan lawatan akademik dan peninjauan kemudahan pembelajaran di PTAR.

Lawatan ini memberi peluang kepada pihak delegasi untuk meninjau pelbagai kemudahan yang disediakan oleh PTAR UiTM, khususnya yang berkaitan dengan kemudahan mesra OKU (Orang Kurang Upaya) serta persekitaran pembelajaran kondusif yang menyokong keperluan pelajar dan staf akademik.

Pihak PTAR mengalu-alukan kehadiran delegasi antarabangsa ini dan berharap lawatan tersebut dapat memperkukuh jalinan kerjasama akademik antara UiTM dan Tashkent State University of Economics pada masa akan datang.

Tags: