Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan UiTM Cawangan Pahang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Lawatan UiTM Cawangan Pahang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2025 – Sekumpulan pelajar, pensyarah dan staf perpustakaan UiTM Cawangan Pahang telah menyertai lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan di World Trade Centre (WTC) baru-baru ini.

Lawatan ini bukan sekadar aktiviti biasa, tetapi merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UiTM Cawangan Pahang dalam memupuk minat membaca dalam kalangan mahasiswa. Aktiviti ini selaras dengan komitmen untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals), terutamanya SDG 4: Pendidikan Berkualiti (Quality Education).

Melalui inisiatif ini, UiTM Cawangan Pahang berharap dapat memperkukuh budaya ilmu di kalangan warga kampus serta membentuk generasi pelajar yang berilmu, berdaya saing dan berfikiran global.

Penghargaan tinggi juga diberikan kepada Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang atas sokongan padu mereka dalam memastikan program pembudayaan ilmu ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.