3 November 2025 | 12 Jamadil Awal 1447H
📍 Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
Puncak Alam, 3 November 2025 – Kehadiran delegasi pelawat luar negara ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam merupakan satu penghormatan besar dan peluang untuk memperkenalkan PTAR sebagai pusat sumber ilmu yang menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada warga universiti, khususnya para mahasiswa dan mahasiswi.
Pada tarikh tersebut, PTAR Kampus Puncak Alam telah menerima kunjungan daripada Professor Dr. Aziza Irmatova dari Taskent State University of Economics (TSUE), Uzbekistan. Lawatan ini telah dibawa oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Zannierah Syed Marzuki dari Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM.
Sepanjang lawatan, Prof. Dr. Aziza berkesempatan melawat ruang bacaan, koleksi bahan ilmiah, serta pelbagai kemudahan yang disediakan di PTAR. Beliau turut menyatakan rasa kagum terhadap persekitaran pembelajaran yang kondusif serta pendekatan mesra pengguna yang diamalkan oleh pihak perpustakaan.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan akademik antara UiTM dan Taskent State University of Economics, malah membuka peluang untuk meneroka potensi kolaborasi antarabangsa dalam bidang pendidikan dan penyelidikan pada masa akan datang.
Sekian.

