Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS) ke PTAR Kampus Kuala Pilah

KUALA PILAH, 21 Ogos 2025 - Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah amat berbesar hati menerima kunjungan dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), sebagai sebahagian daripada slot di bawah program Chemistry Redemption anjuran Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Kuala Pilah yang diadakan di sudut Library Community Engagement, PTAR.

Lawatan perpustakaan telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan dan Encik Mohd Rusedzwan Mohd Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Tags: