Pada 21 Mei 2025, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH), UiTM Cawangan Perlis telah menerima kunjungan istimewa daripada YBhg. Tan Sri Mohd Khamil Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), sempena lawatan kerja rasmi beliau ke kampus Arau.
Kehadiran YBhg. Tan Sri telah memberikan penghormatan besar kepada seluruh warga perpustakaan dan menjadi pemangkin semangat dalam memperkukuhkan lagi usaha ke arah memperkasakan perkhidmatan maklumat, menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan, serta mempertingkatkan fungsi perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan ilmu di universiti.
Lawatan ini turut mencerminkan sokongan berterusan pihak pengurusan tertinggi universiti terhadap komitmen perpustakaan dalam merealisasikan aspirasi dan halatuju UiTM ke arah kecemerlangan akademik dan penyelidikan. Pihak PDJH amat menghargai kunjungan ini dan bertekad untuk terus menyumbang secara signifikan dalam pembangunan universiti secara menyeluruh.