Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Audit Oleh MQA Bagi Program Sarjana Sains Surgeri (Kardiotorasik)

Sungai Buloh, 11 November 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Sungai Buloh hari ini menerima kunjungan Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program Sarjana Sains Surgeri (Kardiotorasik).

Ketibaan panel penilai MQA yang terdiri daripada tiga orang pakar penilaian telah disambut oleh Ketua Perpustakaan, Encik Shahrani bin Abdul Manaf, dengan pengiring daripada staf Fakulti Perubatan UiTM.

Lawatan ini merupakan komponen penting dalam jaduallLawatan penilaian MQA, yang antara lain bertujuan menilai fasiliti sokongan akademik di UiTM, khususnya kemudahan perpustakaan. Panel turut diberi taklimat serta dibawa meninjau koleksi bahan bacaan dan bahan silibus berkaitan program Sarjana Sains Surgeri (Kardiotorasik) bagi memastikan keselarasan dengan keperluan standard akreditasi penuh.

Lawatan penilaian yang bermula pada 11.30 pagi ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan UiTM dalam memastikan kualiti akademik serta penyediaan fasiliti berada pada tahap terbaik bagi menyokong pengajian pascasiswazah dalam bidang pembedahan kardiotorasik.