Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Kursus Penggunaan Sistem E-Mesyuarat Perkukuh Kecekapan Pengurus Mesyuarat Di UCS

Kursus Penggunaan Sistem E-Mesyuarat Perkukuh Kecekapan Pengurus Mesyuarat Di UCS

Puncak Alam, 4 November - Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Penggunaan Sistem e-Mesyuarat bagi mempertingkat kefahaman serta kemahiran Setiausaha dan Urusetia Mesyuarat di UiTM Cawangan Selangor (UCS) dalam mengaplikasikan Sistem e-Mesyuarat UiTM secara optimum.

Penganjuran kursus ini merupakan salah satu langkah penambahbaikan susulan dapatan Audit Pematuhan Tadbir Urus dan Pengurusan Mesyuarat (APTUm) UCS yang mendapati sistem berkenaan masih belum digunakan sepenuhnya dalam pengurusan mesyuarat di peringkat UCS.

Seramai 36 orang peserta terdiri daripada Setiausaha dan Urusetia Mesyuarat telah menyertai kursus ini bagi meningkatkan kompetensi dalam pengurusan mesyuarat, sekali gus menyokong pelaksanaan tadbir urus yang lebih sistematik, efisien dan efektif di UCS.