Library News

Kibaran Gemilang Bersama Komuniti @ UiTM

Kibaran Gemilang Bersama Komuniti @ UiTM

Kibaran Gemilang Bersama Komuniti @ UiTM

UiTM Kampus Kota Bharu meriah pada 26 Ogos 2025 dengan program Kibaran Gemilang anjuran Perpustakaan Tengku Anis bersama UiTM KB dan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR).

Bertempat di perkarangan UiTM KB, program bermula seawal jam 9.00 pagi ini diadakan bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan semangat patriotik serta mengeratkan hubungan UiTM bersama komuniti setempat.

Aktiviti santai, warna-warni jalur gemilang dan penyertaan warga kampus serta komuniti menjadikan suasana lebih meriah 🌟.

Dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, program ini menjadi wadah kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air tercinta ❤️

 

 
Tags: