Seminar pelancongan K.N.O.C.K 2025 (Knowledge, Networking, Opportunity, Career, Kickstart) telah diadakan pada 20 Jun 2025 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Aras 12, UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Ia dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dianjurkan oleh pelajar kursus HTT644. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan profesional kepada lebih 90 pelajar dalam bidang pelancongan dan perniagaan. Dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian, En Akmal Adanan. Program ini melibatkan perkongsian pengalaman dan tips-tips pekerjaan oleh tokoh-tokoh industri berpengalaman seperti Encik Muhammad Faiz Md Nasir (PERKESO Melaka), Puan Mai Ezatul Ezlinda Md Johan (Jabatan Perdana Menteri), dan Puan Emirudziawati Juni (Politeknik Metro Betong, Sarawak), sebagai persediaan menghadapi dunia kerjaya yang sebenar.
Perkongsian mereka memberi gambaran sebenar tentang keperluan dan cabaran pasaran kerja semasa. Seminar ini berjaya memberi ilmu dan jaringan berguna berkaitan kerjaya serta cabaran dalam pasaran kerja semasa serta berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang kerjaya dan perkembangan terkini dalam industri pelancongan.