TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!
19 September 2025 | 26 Rabiul Awal 1447 H
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang lalu, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM telah menganjurkan Kuiz Kemerdekaan 2025 bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah tanah air tercinta.
Penyertaan yang diterima amat menggalakkan, dan para peserta menunjukkan semangat tinggi dalam menjawab soalan dengan tepat serta pantas.
Tahniah kepada pemenang Kuiz Kemerdekaan 2025:
🏆 Khairul Nisa’ Binti Ishak
🏆 Noor Asmadiana Binti Abu Samah
🏆 Fatin Sakinah Binti Ismail
🏆 Nurshahira Binti Mohd Hairol Anuar
🏆 Aina Hazira Binti Rosli
🏆 Nabilah Binti Azman
Syabas kepada semua pemenang, dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini.
Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa kita, menjadi inspirasi untuk bersama-sama membina Malaysia yang lebih gemilang.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!