Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Jemputan Ke Bengkel Start Smart With Systematic Reviews Anjuran Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE BENGKEL START SMART WITH SYSTEMATIC REVIEWS ANJURAN PERPUSTAKAAN PERUBATAN TUN ABDUL RAZAK, HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH (HASA), UiTM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Terima kasih atas pendaftaran YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan ke Bengkel Start Smart with Systematic Reviews. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri bengkel tersebut seperti ketetapan berikut:  

🗓️ 10 Julai 2025 (Khamis) 
⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Makmal Komputer, Aras 3, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM Puncak Alam

🗓️ 11 Julai 2025 (Jumaat)
⏰ 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
📍 Makmal Komputer, Aras 3, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM Puncak Alam

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam pencarian maklumat serta pengurusan sumber penyelidikan melalui pendekatan sistematik.

Dilampirkan bersama atur cara program untuk rujukan. Komitmen dan kehadiran YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut pihak YBrs. Prof/Dr./Tuan/Puan boleh hubungi:

📞 Puan Nurul Atika Binti Harud Din (Pustakawan)
03-3396 3000 samb. 12802 / 📱 013-3397362
atau
📞 Puan Fasihah Binti Abdul Wahab (Kerani)
03-3396 3000 samb. 12806 / 📱 019-4236385

Sekian, terima kasih.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.