Library News

Jelajah Ilmu Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Al-Sultan Abdullah (UiTM)

10 Oktober 2025 | 18 Rabiul Akhir 1447H

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM telah turut serta dalam Jelajah Ilmu Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Al-Sultan Abdullah (UiTM) yang berlangsung pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) di Ruang Legar Auditorium, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam.

Program yang diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini bertujuan menyokong usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental dalam kalangan warga hospital dan universiti.

Antara pengisian menarik di reruai PPTAR ialah:
✨ Promosi Portal PERMATA 
✨ Galakan Pendaftaran MyReading 
✨ Promosi Koleksi E-Book
✨ Pinjaman Buku Bertema 
✨ Kod QR Senarai Penuh Judul Buku PPTAR HASA 
✨ Kuiz “Jom Sihat Minda” 
✨ Book Treasure Mail 

Penyertaan PPTAR dalam program ini secara tidak langsung memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu yang menyokong kesejahteraan mental, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

Tags: ,