“HOT CHOCOLATE: RESEARCH TALK” CETUS INSPIRASI DI UiTM
Puncak Alam, 18 November 2025 – Program “Hot Chocolate: Research Talk” di PTAR UiTM Puncak Alam hari ini menampilkan YBrs. Prof. Dr. Zakiah Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Awam, yang berkongsi bagaimana penyelidikan berkualiti mampu memberi impak besar kepada pembangunan negara.
Bertemakan “Penyelidikan Hebat, UiTM Hebat”, sesi selama satu jam itu menarik perhatian pelajar dan staf kampus. Peserta turut menerima E-Merit sebagai galakan.
Program ini turut dimeriahkan dengan jualan dan pameran yang berlangsung pada 18–19 November 2025.
UiTM terus komited memacu penyelidikan dan inovasi untuk negara.


