SEGAMAT, 29 Oktober 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) sekali lagi meneruskan usaha memperkasa budaya ilmu melalui penganjuran Program Resensi Buku: Telaah Buku Islam dan Rawatan Diri yang telah dijalankan di Studio Mini PTDI. Program ini menampilkan Ustaz Nazrudin Hashim, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, selaku penulis jemputan.
Dalam sesi rakaman yang dijalankan, beliau berkongsi pelbagai pandangan dan pengalaman mengenai penulisan karya ilmiah, di samping mengupas secara mendalam isi kandungan bukunya yang menyentuh aspek keislaman dan rawatan diri berlandaskan syariat.
Sesi ini dikendalikan oleh Puan Norme Haji Saleh, Pembantu Pustakawan Kanan PTDI, yang bertindak sebagai moderator. Perbincangan berlangsung dalam suasana santai tetapi sarat dengan ilmu, memberikan pendedahan berguna bukan sahaja kepada warga kampus, malah kepada masyarakat umum yang berminat dalam dunia penulisan dan pemikiran Islam kontemporari.
Rakaman penuh program ini bakal disiarkan pada:
📅 21 November 2025 (Jumaat)
🕙 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 YouTube rasmi PTDI : youtube
Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan diharap dapat memberi manfaat kepada para penonton serta menyemarakkan lagi budaya membaca dan menghargai karya ilmiah dalam kalangan warga universiti dan masyarakat sekeliling.
Hebahan media sosial : media sosial
