Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Alumni Dewan Latehan RIDA, Dato’ Sri Mohamed Abid Sumbang 300 Naskhah Reflections of Pre-Independence Malaya kepada PTAR

Shah Alam, 30 September 2024 | 26 Rabiulawal 1446HPerpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima kunjungan istimewa daripada YBhg. Dato’ Sri Mohamed Abid, alumni Dewan Latehan RIDA bagi sesi 1961–1964, yang juga cucu kepada Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, peneraju utama RIDA yang menjadi asas kepada penubuhan Dewan Latehan RIDA.

Kunjungan penuh nostalgia ini diwarnai dengan perkongsian fakta dan pengalaman berharga beliau semasa menuntut di Dewan Latehan RIDA, bersama kisah perjuangan rakan-rakan seperjuangan pada era tersebut.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Sri Mohamed Abid telah menyumbangkan 300 naskhah karya beliau bertajuk Reflections of Pre-Independence Malaya dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sumbangan ini amat bermakna kerana mengandungi catatan sejarah penting yang signifikan kepada kewujudan UiTM pada hari ini.

Perpustakaan UiTM berbesar hati menerima sumbangan berharga ini dan berhasrat memastikan setiap naskhah akan ditempatkan di semua perpustakaan UiTM di seluruh negara sebagai rujukan generasi kini dan akan datang.

Tags: ,