Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ Membumi, Inovasi Menjulang: PTDI Perkasa Budaya Inovatif bersama JKEN

๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ Membumi, Inovasi Menjulang: PTDI Perkasa Budaya Inovatif bersama JKEN

Segamat, 4 Julai 2025 โ€“ Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), yang dikenali sebagai Kumpulan AKAR, telah berjaya melaksanakan sesi pembentangan projek inovasi mereka di hadapan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Johor. Sesi ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Johor.

Pembentangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan PTDI dalam memperkukuh budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan di tempat kerja. Kumpulan AKAR tampil mempersembahkan hasil usaha mereka dalam menyelesaikan isu tempat kerja secara kreatif dan praktikal, sekali gus membuktikan potensi besar inovasi dalaman organisasi.

Sesi ini turut menjadi platform penting bagi pihak pengurusan universiti untuk menilai keberkesanan serta kebolehlaksanaan idea yang diketengahkan, selain memberi sokongan terhadap cadangan penambahbaikan yang diusulkan.

PTDI amat berbangga dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh Kumpulan AKAR dalam memacu transformasi melalui pendekatan KIK. Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya inovatif dalam kalangan warga perpustakaan dan menjadi inspirasi kepada jabatan lain di UiTM Johor.

"AKAR membumi, inovasi menjulang" โ€“ simbol kepada kekuatan akar yang menyokong tunjang kejayaan organisasi.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.