Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

ACS EDU TOUR ROADSHOW PTAR Kampus Puncak Alam

ACS EDU TOUR ROADSHOW Kini di PTAR UiTM Kampus Puncak Alam!

PUNCAK ALAM, 15 OKTOBER 2025 – Suasana di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Puncak Alam hari ini menjadi lebih meriah dengan penganjuran ACS Edu Tour Roadshow, yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh warga kampus.

Program ini menampilkan pelbagai reruai interaktif dan aktiviti yang pastinya menarik perhatian pelajar dan staf UiTM, antaranya:

🎮 Demo & Cabaran HOK 1v1
📱 ZTE Nubia Neo 3 Demo disertai Giveaway Finger Sleeve
👕 Pemberian Percuma ACS Tee serta peluang pendaftaran kejohanan e-sukan
📸 Booth interaktif CRIT & Maggi dengan pelbagai aktiviti santai
🍜 Tebusan percuma Maggi Hot Cup dan mini game yang menyeronokkan

Tidak ketinggalan, reruai jualan makanan daripada Bake With Aidan dan Sumatraa Food HQ turut memeriahkan suasana dengan pelbagai pilihan juadah menarik.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang menyertai Cabaran Bacaan Pantas bersama tenaga pengajar berpengalaman, promosi PTAR Mobile Apps, serta pameran produk 3D Maker Lab UiTM yang mempamerkan inovasi terkini hasil warga universiti.

Menariknya, penyertaan program ini turut melayakkan peserta menerima E-Merit!
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menambah pengalaman, berseronok bersama rakan-rakan, dan membawa pulang hadiah percuma!

📍 Lokasi: PTAR UiTM Kampus Puncak Alam
📅 Tarikh: 15 Oktober 2025 (Rabu)

Ayuh warga UiTM, hadir beramai-ramai dan rasai sendiri kemeriahannya!

 
Tags: