Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Menjulang Khazanah Negeri: Usaha Bersama Pembangunan Repositori Digital Koleksi Johor

Menjulang Khazanah Negeri: Usaha Bersama Pembangunan Repositori Digital Koleksi Johor

SEGAMAT, 26 Mei 2025 – Satu mesyuarat secara dalam talian antara Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) telah berlangsung bagi membincangkan kerjasama strategik dalam pembangunan Repositori Digital Koleksi Johor.

Repositori ini bakal menjadi pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai bahan berkaitan negeri Johor dalam bentuk digital, merangkumi koleksi sejarah, budaya, tokoh, institusi serta warisan tempatan. Mesyuarat tersebut menekankan aspek penting seperti struktur organisasi projek, mekanisme pengumpulan dan pendigitalan bahan, serta pembahagian tanggungjawab antara kedua-dua institusi.

Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk mengadakan mesyuarat susulan dalam masa terdekat serta membentuk jawatankuasa teknikal khas bagi menggerakkan pelaksanaan fasa awal projek ini.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan memelihara dan mendokumentasikan khazanah Johor, malah diharap dapat dimanfaatkan oleh masyarakat umum, penyelidik, pelajar serta generasi akan datang dalam memahami dan menghayati warisan negeri.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.