Perlis, 14 Mei 2025 – Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis telah menerima lawatan rasmi daripada Ketua Pustakawan, Ts. Haji Azizi Haji Jantan pada jam 3.00 petang bertempat di Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan 2.
Warga Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan amat berbesar hati menerima kehadiran Ketua Pustakawan dan menyifatkan lawatan ini sebagai satu penghargaan serta dorongan untuk terus komited dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang dan mesra pengguna.