SEGAMAT, 13 Mei 2025 – Mesyuarat Gerak Kerja bagi Majlis Penyerahan Cek Cura dan Perasmian Azka Corner telah diadakan di Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Dr. Ismail 1 (PTDI 1) di sini hari ini. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Mesyuarat bertujuan merangka persiapan awal serta membincangkan perincian atur cara bagi majlis yang dirancang berlangsung pada bulan Julai 2025. Antara tumpuan utama ialah penyusunan tentatif majlis serta pengagihan tugasan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) yang telah dilantik.
Setiap AJK diberikan tanggungjawab khusus melibatkan aspek logistik, dokumentasi, penyediaan lokasi, jamuan serta protokol majlis. Selain itu, keperluan lain seperti bahan cetakan, jemputan rasmi, serta penyediaan sistem audio visual turut dibincangkan secara terperinci bagi memastikan kelancaran majlis.
Mesyuarat diakhiri dengan penegasan agar semua AJK melaksanakan tugasan yang telah diberikan dan bersedia untuk mesyuarat susulan yang akan memantau perkembangan persiapan.
Pautan media sosial : media sosial