Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Alam Bina telah melaksanakan Kelas Literasi Maklumat dengan penyertaan seramai 54 orang pelajar semester 4 dari program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam.
Kelas literasi yang berlangsung pada 7 Mei hingga 8 Mei 2025 ini dikendalikan oleh Puan Hanani Binti Rojikin, Ketua Perpustakaan Fakulti, PTAR Alam Bina. Fokus kelas adalah untuk membimbing pelajar menguasai kemahiran mengakses maklumat digital berkualiti menggunakan sepenuhnya pengkalan data yang telah dilanggan oleh UiTM dan menggunakan perisian pengurusan rujukan seperti Mendeley. Dengan adanya komunikasi serta bimbingan secara 2 hala sepanjang sesi ini berlangsung, adalah diharapkan pelajar dapat menguasai ilmu yang telah dikongsikan dan dapat mempraktikkan teknik carian bahan sepanjang menyiapkan tugasan penyelidikan yang diperlukan.
Program ini merupakan inisiatif berterusan PTAR Alam Bina dalam menyemai aktiviti budaya ilmu di kampus dan menyokong kecemerlangan penyelidikan dalam kalangan pelajar Fakulti Alam Bina.
#PTARAlamBina #LiterasiMaklumat #BudayaIlmuDigital #PengurusanHartaTanah #Mendeley #ResearchSkills