20 Mei 2025, Selasa - Kelab Society of Agronomy (SOA) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan program AGRONOMIST EXPERT TALK 2.0. Topik pada kali ini adalah memberi tumpuan kepada mengoptimumkan pengeluaran tanaman dan amalan pertanian mampan. Ahli agronomi mempunyai kepakaran dalam pelbagai aspek biologi tumbuhan, sains tanah dan pengurusan alam sekitar untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi pertanian. Mereka bekerjasama rapat dengan petani, penyelidik pertanian dan penggubal dasar untuk menangani cabaran yang berkaitan dengan kesihatan tanah, pemilihan tanaman, pengairan, kawalan perosak dan pengurusan tanah secara keseluruhan.
Encik Mohammad Ali bin Kamaruddin adalah penceramah juga merupakan alumni UiTM Cawanagan Melaka Kampus Jasin.
Semoga apa yang telah disampaikan dapat memberi semangat kepada semua peserta. Sekian, terima kasih.
Follow & Like Us :
PTAR UiTM Cawangan Melaka