Sesi Meet and Greet dan Taklimat Perpustakaan Digital (PERMATA)
(2.30 petang - 04.00 petang, 19 Mei 2025)
Sesi ini telah dilaksanakan oleh Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA, kepada Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia yang dihadiri oleh 7 orang staf.
Sesi ini telah memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai fungsi-fungsi perkhidmatan dan bahan perpustakaan yang boleh diakses secara maya, termasuk pangkalan data atas talian, e-books, pembaharuan buku atas talian, PRIME, dan juga promosi platform ELIB.
Selain itu sesi ini juga menerangkan tatacara cadangan buku dan juga buku eletronik melalui sistem PERMATA.