Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Hari Sihat

18 Mei 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah dengan kerjasama Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Hari Sihat, seramai 215 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar telah menyertai program ini yang berlangsung dari jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi, bertempat di Dataran Ilmu, UiTM Cawangan Kedah.

Program ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus melalui aktiviti fizikal berkumpulan, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan jasmani dan mental dalam kehidupan harian.

Aktiviti utama program ialah senaman Aerobic Chair yang dikendalikan oleh Puan Nurul Jannah Basari, tenaga pengajar berpengalaman dari NJ Fitness Studio, Sungai Petani. Senaman ini menggunakan kerusi sebagai alat sokongan, sesuai untuk semua lapisan usia dan tahap kecergasan.Dalam sesi selama satu jam tersebut, para peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi serta komitmen dalam mengikuti setiap pergerakan dengan ceria dan penuh bertenaga. Senaman yang menyeronokkan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut berfungsi sebagai aktiviti santai untuk mengurangkan tekanan kerja dan pembelajaran.

Penganjuran program ini selaras dengan aspirasi UiTM untuk membentuk komuniti kampus yang sihat, aktif dan produktif. Ia juga mencerminkan sokongan institusi terhadap keseimbangan gaya hidup warga kampus serta menggalakkan amalan kesihatan yang berterusan.Program ini diharap dapat diteruskan secara berkala agar budaya hidup sihat dapat menjadi sebahagian daripada rutin harian warga UiTM Cawangan Kedah.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.