Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Bicara Kerjaya Wanita

Bicara Kerjaya Wanita

19 Mei 2025, Isnin - Kelab Agronita di bawah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan satu program "Bicara Kerjaya Wanita" yang bertempat di Bilik Seminar PTAR UiTM Kampus Jasin. Program ini telah dihadiri oleh warga staf serta pelajar UiTM Kampus Jasin, khususnya pelajar dari FPA. Seramai 57 peserta yang hadir.

Bicara kerjaya ini telah disampaikan oleh Puan Yusnidah binti Suruji, Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang juga merupakan alumni FPA UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Program ini juga telah dihadiri dan dirasmikan oleh Dr. Ismail Rakibe, Timbalan Dekan FPA. Program ini membincangkan mengenai topik berkenaan wanita dalam kepimpinan, kedudukan kuasa dan pengaruh di dalam sektor perladangan.

Justeru terima kasih diucapkan kepada Puan Yusnidah binti Suruji atas perkongsian ilmu yang diberi serta Kelab Agronita, FPA dan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin kerana menjalankan program yang memberi manfaat kepada pelajar dan staf yang hadir.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.