Library News

1 Staf 1 Perkongsian Ilmu: Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja

Perlis, 1 Ogos 2025 – Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis telah berjaya menganjurkan program 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu bertempat di Bilik Seminar PDJH 2 pada jam 10.30 pagi.
Tajuk pembentangan bagi program kali ini ialah “Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja.” Program ini telah disampaikan oleh Puan Nur Hayati Abdul Satar, Pustakawan Kanan, yang berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Antara intipati pembentangan termasuklah langkah pencegahan kemalangan, kepentingan ergonomik, dan peranan setiap staf dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat serta sihat.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan perpustakaan dalam memperkasakan budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga kerjanya. Kehadiran dan penglibatan aktif staf PDJH mencerminkan komitmen tinggi terhadap peningkatan pengetahuan dan kesedaran dalam aspek keselamatan dan kesejahteraan di tempat kerja.
Pihak perpustakaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan warga kerja yang lebih cakna, sihat dan selamat.

Tags: ,