15 Mei 2025, Khamis – Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Asas Sokongan Penyelidikan: Mendeley Reference Manager, secara atas talian, menggunakan platform Google Meet, 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 129 orang peserta terdiri dari ahli akademik dan warga penyelidik UiTM Cawangan Melaka sertai bengkel tersebut.
Sesi kali ini, taklimat sepenuhnya disampaikan oleh Encik Abdul Azim Ab. Ghani, Pustakawan dengan dibantu oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), PTAR UiTM Cawangan Melaka selaku fasilitator serta Dr. Raihah Aminuddin, Penyelaras Data Penerbitan, Unit JPU, Bahagian PJI, UiTM Cawangan Melaka selaku moderator. Tujuan Bengkel Mendeley diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran warga akademik dalam pengurusan rujukan dan sitasi menggunakan perisian Mendeley. Bengkel ini juga membantu peserta mengurus dan menyusun sumber rujukan secara sistematik, memudahkan proses penulisan ilmiah, serta menggalakkan amalan penyelidikan yang beretika dan efisien. Selain itu, bengkel ini juga menyokong usaha UiTM dalam memperkasa budaya penyelidikan dan penulisan akademik dalam kalangan warganya.
Setinggi terima kasih diucapkan kepada Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), atas jemputan serta Encik Abdul Azim Ab. Ghani yang sudi menyampaikan taklimat. Semoga dengan adanya bengkel seperti ini dapat menguasai penggunaan Mendeley Reference Manager dan meningkatkan kecekapan dalam menguruskan rujukan penyelidikan serta memudahkan warga penyelidik dalam penulisan kertas kerja akademik yang lebih tersusun dan bebas daripada kesilapan dalam sitasi dan bibliografi.