Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Daurah Ramadan serikan Ramadan Talk Siri 1 di UiTM Cawangan Sabah

Daurah Ramadan serikan Ramadan Talk Siri 1 di UiTM Cawangan Sabah

Kota Kinabalu, 7 Mac 2025 — Siri pertama Ramadan Talk sempena Program Ihya Ramadan telah berlangsung dengan penuh penghayatan menerusi sesi Daurah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Azhar Bin Zubir. Program ini telah diadakan pada pagi Jumaat bertempat di LCE PTAR, UiTM Cawangan Sabah bermula jam 8:30 pagi.

Dalam ceramahnya, Ustaz Muhamad Azhar menekankan kepentingan memahami makna sebenar Ramadan sebagai bulan tarbiah yang mendidik jiwa, menyucikan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Beliau turut menyentuh aspek fiqh puasa, adab-adab berpuasa, serta keutamaan memperbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.

Para peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar hadir dengan penuh minat, menjadikan sesi ini bukan sahaja sebagai ruang menambah ilmu, malah sebagai penggerak motivasi untuk menghidupkan Ramadan dengan lebih bermakna.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memupuk nilai-nilai kerohanian dan kefahaman agama dalam kalangan warga kampus. Siri-siri seterusnya dijangka akan diteruskan sepanjang Ramadan dengan topik-topik yang relevan dan bermanfaat.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.