Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Bicara seni bersama Prof Lennie Pitkin

6 Mei 2025, Selasa - Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya menganjurkan satu sesi Bicara Seni bersama Prof. Lennie Pitkin dari Pacific Northwest College of Art (PNCA), Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Program yang berlangsung di Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Kampus Alor Gajah itu telah menarik penyertaan yang memberangsangkan daripada warga akademik dan pelajar FSSR. Prof. Lennie Pitkin yang juga merupakan Director of International Affairs for Studio Arts di PNCA berkongsi pengalaman luas beliau dalam bidang seni dan jaringan kolaborasi antarabangsa yang melibatkan lebih daripada 32 negara di seluruh dunia.

Turut hadir memeriahkan sesi ini ialah Prof Madya Dr. Jailani Abu Hassan, pelukis terkemuka tanah air yang kini berkhidmat sebagai pensyarah dalam program Ijazah dan Sarjana FSSR UiTM Shah Alam. Kehadiran dua tokoh seni ini memberikan impak besar kepada peserta, khususnya pelajar, dalam memahami realiti dunia seni dari perspektif global.

Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran TRPJI Prof. Madya Dr. Nurhayati Abdul Rahman dan TRHEP Ts. Dr. Nadzri Mohd Sharif, bersama pensyarah dan pelajar FSSR. Mereka memberikan respon dan pertanyaan yang konstruktif sepanjang sesi berlangsung, yang amat dihargai oleh Prof. Lennie.

Penganjuran program ini membuka peluang kepada siswa dan siswi UiTM untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan mendapat inspirasi daripada tokoh seni profesional antarabangsa. Program seperti ini amat penting dalam memperkasakan keterlibatan pelajar dalam aktiviti berimpak tinggi.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.