Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Book Talk with Author: Puan Faza Fayza Mohd Fawzy

Shah Alam, 7 Mei 2025 – Penerbit UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan program Book Talk with Author, satu inisiatif berimpak tinggi dalam usaha membudayakan ilmu melalui pembacaan dan perbincangan buku.

Program ini menampilkan penulis buku Investment Valuation and Appraisal (Revised Edition), Puan Faza Fayza Mohd Fawzy, yang berkongsi pengalaman beliau dalam bidang penulisan serta kepakaran dalam penilaian pelaburan dan hartanah. Sesi bual bicara ini dikendalikan oleh Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof, yang berjaya menghidupkan suasana perbincangan dengan soalan-soalan menarik dan bernas.

Program berlangsung secara langsung pada hari Rabu, 7 Mei 2025, tepat jam 11:00 pagi melalui dua platform utama iaitu saluran YouTube dan Facebook rasmi Perpustakaan UiTM. Penyertaan secara maya ini telah membuka ruang lebih luas kepada warga kampus dan masyarakat umum untuk menyertai perbincangan ilmiah tanpa batasan geografi.

Antara perkara menarik yang dibincangkan termasuklah cabaran dalam penyelidikan untuk penerbitan akademik, kepentingan nilai dalam membuat keputusan pelaburan, serta galakan kepada generasi muda untuk menulis dan berkongsi ilmu.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan PTAR dan Penerbit UiTM dalam memperkasakan budaya membaca dan menggalakkan wacana intelektual di kalangan warga universiti dan komuniti luar.

Rakaman penuh sesi ini boleh ditonton semula melalui:

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.