Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Ilmiah SMK Lokman Hakim, Felda Loke Kheng, Kota Tinggi Johor Ke Perpustakaan Undang-Undang, UiTM Shah Alam

Lawatan Ilmiah SMK Lokman Hakim, Felda Loke Kheng, Kota Tinggi Johor Ke Perpustakaan Undang-Undang, UiTM Shah Alam

29 April 2025 – Seramai 77 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, Felda Loke Kheng, Kota Tinggi,  Johor telah mengadakan lawatan ilmiah ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Lawatan ini adalah antara slot aktiviti bagi program yang dianjurkan oleh Kelab Komuniti Pelajar Undang-Undang (SCLC) Persatuan Pelajar Fakulti Undang-Undang (SCLC).

Rombongan yang terdiri daripada pelajar sekolah tingkatan 1 hingga 5 ini turut diiringi oleh 8 orang guru pengiring .Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran di universiti serta memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan akademik, khususnya dalam bidang perundangan.Sepanjang sesi lawatan, para pelajar diberi taklimat perpustakaan oleh Ketua Perpustakaan Fakulti, PTAR Undang-Undang mengenai koleksi bahan rujukan, sistem pinjaman, serta penggunaan carian sumber bahan perpustakaan.

Mereka turut berpeluang melawat sekitar  Koleksi Rujukan Undang-Undang, Ruang Bacaan, Ruang Koleksi Retro, Bilik Perbincangan Kumpulan, dan Ruang Pembelajaran Digital.Pihak PTAR Undang-Undang berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap agar kolaborasi sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkasa literasi maklumat dalam kalangan pelajar sekolah.

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.