Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Resensi Buku Siri 1 Di PTAR Sungai Buloh

Program Budaya Ilmu: Resensi Buku Share What You Read! Siri 1

Tarikh: 18 April 2025
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat PTAR, Kampus Sungai Buloh
Panel : Encik Muhammad Akmal Azhar (Pustakawan)

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Budaya Ilmu anjuran PTAR Sungai Buloh, UiTM Cawangan Selangor. Tujuan program ini adalah untuk memupuk minat membaca serta membina budaya berkongsi ilmu melalui resensi yang bermanfaat.

Panel Encik Muhammad Akmal Azhar, telah berkongsi ulasan dan pandangan beliau terhadap sebuah buku pilihan yang mengandungi nilai ilmu, motivasi serta inspirasi yang boleh dimanfaatkan oleh para peserta, khususnya pelajar dan warga kerja kampus.

Program ini turut memberi ruang interaktif kepada peserta untuk bertanya soalan serta menyuarakan pandangan mereka, sekaligus menjadikannya satu platform pembelajaran santai yang efektif.

Please publish modules in offcanvas position.