Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Penanda Arasan dari Kumpulan KIK Perpustakaan Universiti Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

📅 30 April 2025 | 2 Zulkaedah 1446H

Shah Alam, Selangor – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima kunjungan penanda aras daripada tujuh orang wakil Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan Universiti Malaysia Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada pagi tadi.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan maklumat berkaitan perkhidmatan Charging Station yang telah dilaksanakan di PTAR sebagai salah satu inisiatif inovatif dalam menyokong keperluan pembelajaran digital dan keselesaan pengguna.

Sesi taklimat yang diadakan telah memberi gambaran jelas mengenai proses perancangan, pelaksanaan, dan impak positif perkhidmatan ini terhadap pengalaman pengguna perpustakaan. Semoga perkongsian ini dapat membantu pihak UMPSA dalam usaha membangunkan inovasi tersendiri di institusi mereka.

Selain itu, para tetamu turut dibawa melawat ke Koleksi Khas Jawi yang menempatkan pelbagai naskhah lama bertulisan Jawi, membuka peluang untuk mendalami khazanah warisan intelektual Melayu-Islam yang bernilai tinggi.

PTAR amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap hubungan kerjasama antara institusi akan terus diperkukuhkan demi kemajuan bidang perpustakaan dan pendidikan tinggi di Malaysia.

Tags: , ,

Please publish modules in offcanvas position.