25 April 2025 | 25 Syawal 1446h - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menerima lawatan berkumpulan daripada pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) Perak.
Lawatan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan akademik dengan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah pembelajaran dan kurikulum di UiTM. Ia juga adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan kemudahan, perkhidmatan, serta sumber pembelajaran yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan.
Para pelajar PUO dibawa melihat segala kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di dalam PTAR UCS bagi menyokong kepada pengajaran dan pendidikan untuk pelajar UCS.
Taklimat lawatan ini telah diberikan oleh Encik Amir Muahamd Shafie (Pustakawan) PTAR UCS bersama Cik Nur Syazarina Mohd Sofian, Pelajar Latihan Industri UCS.
Sekian.

