Puncak Alam, 16 April 2025 – Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor (UCS) Kampus Puncak Alam dengan kerjasama National Kidney Foundation (NKF) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah berjaya menganjurkan Program Kempen Kesedaran Kesihatan UCS.
Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk mendidik serta memberikan kesedaran kepada warga kampus tentang kepentingan penjagaan kesihatan, khususnya kesihatan buah pinggang. Kesedaran awal adalah penting dalam usaha pencegahan penyakit kronik yang berkaitan dengan buah pinggang.
Seramai 160 orang peserta telah mendaftar dan mengambil bahagian dalam sesi saringan kesihatan yang diadakan. Program dimulakan dengan sesi ceramah kesihatan yang memberi penerangan tentang penjagaan buah pinggang dan gaya hidup sihat, diikuti dengan ujian saringan kesihatan yang dikendalikan oleh petugas dari Unit Kesihatan UCS serta National Kidney Foundation.
Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran warga kampus terhadap penjagaan kesihatan diri, selain menggalakkan pemeriksaan kesihatan berkala untuk pencegahan awal penyakit.