Library News

 Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib bersama Pejabat Rektor UiTM Cawangan Johor

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib bersama Pejabat Rektor UiTM Cawangan Johor

Segamat, 25 Mac 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) UiTM Cawangan Johor terus memperkasa pengurusan rekod dan arkib melalui penganjuran Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib bersama Pejabat Rektor. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengenai pengurusan rekod dan arkib secara sistematik serta memperkukuhkan pemahaman berkaitan pelupusan rekod dan perkhidmatan jilid yang ditawarkan di PTDI.

Sesi yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini menampilkan dua penceramah utama. Puan Siti Rozana Mat Sanat, Pustakawan Kanan PTDI, bersama Cik Amira Suhada Mazlan, Pembantu Pustakawan, memberi fokus kepada proses pelupusan rekod sebagai langkah penting dalam memastikan rekod yang disimpan adalah relevan dan terurus dengan baik. Selain itu, Encik Mohd Azmi Samsuri, Pembantu Pustakawan Kanan, menerangkan tentang perkhidmatan jilid yang disediakan oleh PTDI bagi membantu warga kampus dalam penyusunan serta pemeliharaan bahan bercetak.

Sesi libat urus ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman pihak PTJ mengenai pengurusan rekod yang lebih efektif, sekali gus menyokong usaha UiTM Johor dalam memastikan pematuhan terhadap prosedur rekod serta arkib universiti. PTDI komited untuk terus menjalankan inisiatif seperti ini dalam usaha memperkasa sistem pengurusan maklumat dan rekod di institusi.

 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.