Perlis, 25 Mac – Program Live@PDJH Bicara Pakar: Asas Imkanur Rukyah anjuran Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan dengan kerjasama Kolej Pengajian Alam Bina, Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa, dan Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis telah berjaya menarik perhatian 533 peserta secara dalam talian. Program ini bersiaran langsung pada jam 10:30 pagi melalui platform YouTube dan Facebook rasmi Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan.
Sr Dr Norshahrizan Bin Mohd Hashim, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Alam Bina yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa UiTM Cawangan Perlis, dijemput sebagai penceramah utama, manakala Puan Fairuz Abdullah, Pegawai Eksekutif Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis, bertindak sebagai moderator.
Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas ilmu falak, sistem kalendar Hijrah, konsep ijtimak, ciri-ciri peredaran bulan, serta kriteria Imkanur Rukyah yang digunapakai di Malaysia. Selain itu, isu penentuan 1 Syawal 1443H turut dikupas, termasuk kepentingan cerapan hilal dalam menentukan awal bulan Islam.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga UiTM dan masyarakat umum, menunjukkan minat yang tinggi terhadap ilmu falak dan rukyah hilal. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta pemahaman masyarakat mengenai kepentingan cerapan hilal dalam penentuan kalendar Islam.
Program ini disiarkan secara Live Streaming melalui pautan berikut:
YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=0lllWRq-fi4
Facebook: https://www.facebook.com/pdjh.perlis/videos/2119477025167649