Segamat, 12 Mac 2025 – Kumpulan EKSA Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) telah mengadakan lawatan rasmi ke Unit Arkib UiTM Cawangan Johor yang terletak di Ruang Arkib, PTDI 2. Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Shafiq Mohd Danil selaku Pengerusi EKSA PTDI dan turut disertai oleh ahli delegasi EKSA PTDI.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ketua Unit Arkib UiTM Cawangan Johor, Puan Siti Rozana Mat Sanat, yang turut memberikan taklimat berkenaan pengurusan arkib, pemeliharaan dokumen serta prosedur penyimpanan rekod yang sistematik. Dalam sesi penerangan tersebut, para peserta diberikan pendedahan mengenai kepentingan pengurusan arkib yang efisien serta kaedah terbaik dalam memastikan dokumen-dokumen penting sentiasa terpelihara.
Sesi interaktif turut diadakan bagi membolehkan para peserta bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai aspek teknikal dan operasional Unit Arkib. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan serta penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Unit Arkib UiTM Cawangan Johor.
Menurut Encik Mohd Shafiq, lawatan ini amat bermanfaat dalam meningkatkan pemahaman Kumpulan EKSA PTDI terhadap pengurusan dokumen dan rekod, selaras dengan prinsip amalan EKSA yang menekankan kecekapan, kebersihan, dan keberkesanan pengurusan tempat kerja.
Dengan penganjuran lawatan seperti ini, PTDI terus komited dalam memperkukuhkan pengurusan dokumen dan arkib bagi memastikan kelestarian serta keteraturan dalam penyimpanan maklumat di UiTM Cawangan Johor.
Hebahan media sosial : media sosial