Library News

"Keserakanan dan Kesefahaman Staf Perpustakaan 2.0 – Squid Game" Kukuhkan Semangat Berpasukan

"Keserakanan dan Kesefahaman Staf Perpustakaan 2.0 – Squid Game" Kukuhkan Semangat Berpasukan

Segamat, 28 Februari 2025 – Bagi memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan kesepakatan dalam kalangan staf, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) telah menganjurkan program Keserakanan dan Kesefahaman Staf Perpustakaan 2.0 – Squid Game yang berlangsung di PTDI 1. Program ini diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dengan pengisian aktiviti sukan santai yang menceriakan.

Program ini mengambil inspirasi daripada elemen permainan dalam drama popular Squid Game, namun telah diubah suai menjadi aktiviti sukan mudah yang menyeronokkan dan selamat. Melalui program ini, staf bukan sahaja berpeluang mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja, tetapi juga dapat memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan motivasi kerja dalam suasana yang lebih santai.

Selain itu, peserta turut diberi peluang untuk mengendalikan acara sebagai latihan dalam aspek pengurusan program serta komunikasi berpasukan. Inisiatif ini diharap dapat memberikan impak positif terhadap produktiviti staf dan memperkukuhkan budaya kerja yang lebih harmoni di PTDI.

Program yang meriah ini mendapat sambutan baik daripada semua staf yang hadir dan diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengekalkan semangat kesepakatan dalam kalangan warga perpustakaan.

Pautan hebahan media sosial : hebahan media sosial
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.