Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
Jemputan ke Program Emotional & Wellness Exhibition
Sukacita dimaklumkan bahawa Pelajar-pelajar dari kod kursus IML512 : Digital Information Literacy, UiTM kampus Puncak Perdana, Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Puncak Perdana akan menganjurkan Program Emotional & Wellness Exhibition seperti berikut:
📅 Tarikh : 10 Januari 2025 (JUMAAT)
🕣 Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
📍 Lokasi : PTAR, UiTM kampus Puncak Perdana
✨️ Aktiviti menarik menanti anda, termasuk: 🤗
🎨 12 reruai pameran inovasi kreatif pelajar
📖 Ulasan buku sebagai wadah biblioterapi
🧩 Pelbagai aktiviti permainan menarik
🧸 Cenderahati
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program ini.
💡Tingkatkan kesedaran kesejahteraan emosi dan mental anda!
🖐🏻 Jom, sertai kami !