Library News

Cipta Sejarah! Ketua Pustakawan Hadiri Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Akses Terbuka Tesis dan Disertasi Universiti Awam Malaysia

13 Februari 2025 | 14 Syaaban 1446H

PUTRAJAYA – Sejarah tercipta apabila Ketua Pustakawan menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Kerjasama Akses Terbuka Tesis dan Disertasi Universiti Awam Malaysia yang berlangsung di Hotel Marriott, Putrajaya, hari ini.

Memorandum ini bertujuan untuk memperluaskan akses kepada hasil penyelidikan dari 20 Universiti Awam di Malaysia, sekali gus memberi manfaat kepada penyelidik dan masyarakat secara menyeluruh. Dengan adanya kerjasama ini, penyelidikan akademik akan lebih mudah diakses serta berpotensi meningkatkan impak ilmiah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis bersejarah ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan turut diadakan bersempena Majlis Anugerah Malaysia’s Research Star Award (MRSA). Acara ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.

Kerjasama ini dijangka akan membuka lebih banyak peluang kepada penyelidik muda serta meningkatkan keberkesanan penyebaran ilmu dalam pelbagai bidang. Penyertaan 20 Universiti Awam dalam inisiatif ini mencerminkan komitmen kolektif dalam memperkasa keterbukaan akademik demi kemajuan negara.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil universiti, pegawai kanan kerajaan, serta ahli akademik yang menyokong usaha memperluaskan akses kepada ilmu pengetahuan secara inklusif dan inovatif.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.