Monday, 21 Jamadilakhir 1446
Monday, 23 December 2024

Library News

Forum Resurgensi Ancaman Keselamatan Negara: Menangani Ancaman Pelbagai Dimensi

Forum Resurgensi Ancaman Keselamatan Negara: Menangani Ancaman Pelbagai Dimensi anjuran Pusat Pengajian Perang Saraf dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pada 20 Jun 2024 (Khamis) jam 11.00 pagi di Library Community Engagement Aras 3 Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Program ini dikendalikan oleh pelajar Sarjana Perang Saraf Media dan Informasi untuk kursus MPO 713: Strategic Information Searching & Gathering sebagai satu wadah dialog untuk membincangkan soal kententeraman awam dan keselamatan negara. Sesi ini dihadiri pakar dalam bidang ancaman keselematan iaitu Supt. Shamsul Bin Abdul Wahab, Pegawai Turus Bahagian Ancaman Sosial Dan Extrimis (E2), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan DSP. Mohd Azlan Bin Abdul Kadir, Penolong Pengarah (PDRM) Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor serta dimudahcara oleh moderator saudara Ahmad Mohsein Azman. Majlis dimulai dengan ucapan aluan Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM Shah Alam. Panel jemputan berkongsi pendapat dan pengalaman dalam menangani isu semasa serta evolusi ancaman. Panel turut memberi naratif kepada ancaman keselamatan melalui teknologi yang semakin canggih dan terkini serta gangguan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan pelbagai ancaman keselamatan terhadap perpaduan dan nilai kemakmuran negara.
 
 
 
 
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.