Arau, Perlis – 31 Disember 2024 – Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) dengan kerjasama Staf Residen Kolej (SRK), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program MyKM Tour @Kolej Cengal 5, 6 dan 7 pada 31 Disember 2024 (Selasa) bermula jam 11:00 malam melalui platform dalam talian Webex.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan MyKM Portal kepada para pelajar UiTM sebagai pusat sehenti untuk pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk melihat demonstrasi secara langsung mengenai cara penggunaan MyKM Portal dan memberikan maklum balas bagi tujuan penambahbaikan portal tersebut.
Encik Khairil Izwan Hassan, Pustakawan PDJH, telah bertindak sebagai instruktur program dengan memberikan penerangan terperinci mengenai ciri-ciri dan fungsi portal tersebut. Di penghujung program, peserta juga diadakan kuiz MyKM Tour untuk menguji kefahaman mereka mengenai penggunaan portal tersebut.
Seramai 462 peserta telah menghadiri program ini, memberikan maklum balas yang positif terhadap kemudahan dan keberkesanan portal MyKM dalam memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran di UiTM.
Program ini diharap dapat terus memberi manfaat kepada pelajar dalam memperkaya pengalaman pembelajaran mereka melalui kemudahan yang ditawarkan oleh MyKM Portal.